Tentatif Majlis Perpisahan
Semoga majlis ini akan berjalan lancar dengan kehadiran komiti pelajar di Leeds.
Satu majlis pertemuan akan diadakan sebelum sebilangan besar ahli LUMSOC pulang bercuti dan meraikan abang-abang dan kakak-kakak senior yang akan pulang ke Malaysia setelah menghabiskan tahun akhir pengajian mereka di sini. Komiti Lumsoc 09/10 mengundang anda semua untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.
Semoga majlis ini akan berjalan lancar dengan kehadiran komiti pelajar di Leeds.
Ex-President, Faizal (a.k.a Pejai)
*Pembetulan.. Norol Farhana adalah Exco Penerangan Lumsoc 09/10 (dahulunya Exco Multimedia)
New MASSOC (Leeds University Malaysian & Singaporean Society) President, Jeremy
Ex-Publicity and Multimedia EXCO ( Hilfi )
Majlis Tautan Ukhwah dan Solat Hajat Perdana
Assalamu’alaikum wbt,
Alhamdulillahirabbil ‘alamin, segala puji bagi Allah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah subhanahu wata’ala kerana dengan izinNya ramai antara kita dapat sama-sama berkumpul dalam Majlis Solat Hajat tempoh hari. Walaupun majlis kali ini diadakan secara sederhana sahaja, namun ia tak menghalang untuk sahabat-sahabat sekalian hadir untuk berkumpul dan bermunajat bersama-sama memohon pertolongan dari Allah setelah berpenat lelah menuntut ilmu sepanjang tahun. Saya amat kagum dengan sambutan daripada ahli LUMSOC yang hadir malam itu dan sejuta penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi datang.
Di kesempatan ini, saya selaku Presiden LUMSOC 2009/2010 ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua warga Leeds yang akan menempuh peperiksaan ataupun yang sedang menempuhnya. Dalam kita sedang sibuk mengulangkaji pelajaran ni, jangan dilupa juga hubungan kita dengan Allah, ibu bapa, dan juga sahabat-sahabat. Apabila kita sudah berusaha dan berazam, maka bertawakkallah kepada Allah seperti firmannya di dalam Al-Quran, “..faiza azzamta fatawakkal ‘ala Allah..”. Saya doakan agar semua mendapat kejayaan yang diingini. Selamat maju jaya, selamat menjawab peperiksaan dan all the best kepada semua.
Mohd Afif W Mohd
Presiden LUMSOC 2009/2010
Ex-President, Faizal (a.k.a Pejai) *Pembetulan.. Norol Farhana adalah Exco Penerangan Lumsoc ...
Dari Buku Penjelasan Di Sekitar Risalah Ta'lim Pengarang: Muhammad Abdullah Al-Khatib Penerbit: ...
Satu majlis pertemuan akan diadakan sebelum sebilangan besar ahli ...
-SALAM WBT- Di bawah merupakan surat balas yang dihantar oleh Ahli ...