nise@blog

Kalah Adat Bertanding-Menang Adat Gila Kuasa

Laporan Pertandingan NISE-LEEDS 2009 last Saturday.

Harus menulis gaya bahasa penulisan KBSR (masih KBSR ker??)

Tempat:Parkinson Building-Universitas of Leeds.
Masa :10a.m-3p.m
Anjuran:Lumsoc & Suku Sakatnya (tak ingat la sapa lagi terlibat)
Yang Terlibat: 1st year yang lawa-lawa gila dengan 2nd,3rd,4th,5th year yang masih mengekalkan penggunaan bo**x untuk kekalkan lawa. Dan golongan ibu-ibuan.
Peserta:Terbahagi kepada yang budget best, memang best & tak best. Manchester termasuk dalam ketiga-tiganya.Hahaha, tapi aku pulak masuk dalam kategori ''konpem best''. Blog aku suka hati la.Tak puas hati buat la kenyataan balas kat blog sendiri ye.

NASYID
Pemenang :

1st-Pelajar=2 seniorita Universitas of Nottingham

2nd-Royal College of Surgeon Ireland (RCSI)
3rd-Universitas of Edinburgh
Persembahan Terbaik-Team Ibu & Anak Universitas of Sheffield
Saguhati Terbaik-Universitas of Manchestoq (nak jugak).
-Manchester sekadar meneruskan tradisi dengan tak menang sebab team
last year kalah juga.Heh!

Peserta Berkelakuan Baik-Aku la sapa lagi.

PHOTOGRAPHY

Pemenang :

1st-Alia Salleh (sape ni?) photographer Majalah Mastika ker?

2nd&3rd (pi cari sendiri sape menang,aku nak promote Alia yang bujang je.

ala-ala kontingen cik Qiah ke sukan Komenwel je.sekian

laporan disediakan oleh
jabatan hiburan & sukan
Whiworth Park 'Height'

*pakaian jubah muslimah ditaja oleh Liyanaz BooTiQ & P**M***


Source: http://mahagurukim.blogspot.com

 

Projek: Suara Wanita di NISE 09

Tahniah kepada semua yang hadir. Para penganjur, para peserta, para penyokong serta tidak dilupakan para peniaga yang gigih menyediakan makanan buat mereka yang hadir. Syabas. A great event!

Pada kali ini, saya amat terpukul dengan lagu yang dibawakan oleh Tukang Fiqir. Manusia lupa!  Lagu oleh Akbar. Ya, saya memang terpukul. Terpukul di muka sendiri. Saya juga berkongsi semangat jihad yang dibawakan oleh beberapa kumpulan melalui lagu-lagu mereka. MasyaAllah!

Pada asalnya saya menyertai NISE 09 untuk berseronok-seronok sahaja bersama Cik Intan dan adik-adik sambil membawa mesej melalui dialog yang turut diselitkan semasa persembahan. Namun kesungguhan adik-adik serta sahabat-sahabat yang banyak menyumbangkan idea dan menjadi pengkritik, membantu kami untuk melakukan persembahan sebaik mungkin bagi menghiburkan sambil memberikan mesej kepada para hadirin. Biar penonton gembira dan seronok mendengar apa yang Soutunnisa` cuba bawakan.

Bersempena tema ‘Purity From Within`, kami cuba ketengahkan konsep kemanusiaan. Fitrah manusia yang sukakan kepada kedamaian dan keamanan. Fitrah yang tidak suka bertengkar mahupun berselisihan faham. Namun mengapa peperangan masih berlaku? Selain itu kami turut membawa hadirin supaya mengambil iktibar daripada peperangan yang berlaku di Palestin sebagai satu panggilan buat kita untuk menjadi Muslim yang sebenar. Wajarlah kerana Islam is Standing In The Eyes Of The World.

Soutunnisa` akan menjadi salah satu kenangan indah insyaAllah. Suara wanita hanya halal pada keadaan-keadaan tertentu sahaja. Maka manfaatkannya =). Entah bila agaknya boleh bernasyid lagi. Comel melihatkan kakak-kakak dari Sheffield yang bernasyid bersama anak-anak mereka. Mungkinkah suatu hari nanti?

Harapan Pengarah NISE 09 yang juga sahabat baik saya iaitu Norain, ” Teruskan-teruskan. Semoga kita semua menjadi muslimat yang berkualiti. Dan doa juga agar usaha kita ini diterima sebagai amalan untukNya, tidak menjadi debu-debu.”

InsyaAllah.

Beberapa review tentang NISE 09. Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut, lawat blog-blog di bawah:

EllyESE`s World

  • Nota 1: Walaupun kurang sihat, namun ini adalah kerja kumpulan, maka harus dibereskan.
  • Nota 2: Cik Intan, bersyukurlah kerana KITA ada suara. Walaupun biasa-biasa sahaja. Saya teman awak menjadi yang paling kurang suaranya. Hehe
  • Nota 3: Is not all about competition

 

Source: http://zaffankhalid.iluvislam.com

   

NISE & Manchester Games!



Alhamdulillah, syukur hari semalam berakhir dengan baik...

Hati gembira turut tersentuh bila melihat adik-adik begitu semangat dalam menjayakan NISE dan juga Manchester Games.

Untuk pengetahuan semua, pada tanggal 21 Februari telah menyaksikan Women's Day out buat warga Sheffield ( ini hanya rekaan =p). Telah berlangsung NISE, Nisa' Nasheed Extravaganza di Leeds dan juga Manchester Malaysian Games , of course di Manchester =p

Jadi kami, wanita Sheffield bagaikan berpecah dua bagi meraikan kedua-dua event.
Maka di sini, aku begitu tersentuh bila semuanya memperlihatkan komitmen mereka dalam menyertai dan juga menyokong. Alhamdulillah, tahniah buat semua!

Kepada peserta Nise dari Sheffield, sekalung tahniah buat semua kerana bertungkus lumus dalam menyertai pertandingan NISE.Meskipun tidak memenangi apa-apa, namun apa yang lebih penting adalah peranan dalam masyarakat itu sendiri. Semangat untuk menyampaikan dakwah di samping berhibur dan juga semangat ukhuwah antara kalian. Moga-moga banyak dapat dipelajari dalam proses menjalani raptai dan pertandingan NISE ini.
Tahniah!


Tahniah juga buat kawan-kawan yang menyertai Manchester Games...=) Mereka terus menerus bermain dan bertanding,tapi apakan daya, kalah menang adat pertandingan ..boleh cuba lagi dalam Sheffield Games mungkin..=) Tahniah korang atas semangat yang superb masa raptai! =)
Maafkan aku, aku tidak reti bermain netball ini..=p
Hanya yang aku boleh lakukan adalah support dan terus support..=)

Di sini aku ingin ulas sedikit mengenai NISE.
Pada pendapat aku walaupun baru berusia 2 tahun, tapi gaya dan cara penganjur seperti sudah lama dalam arena hiburan ini.
Subhanallah, semuanya bolah dikatakan semakin hebat daripada tahun lepas.
Tampat makin besar dan makin cantik. Aturacara perjalanan majlis juga sangat terkawal.
Permulaan pertandingan dimulakan dengan perasmian dan juga medley lagu-lagu yang bakal dipertandingkan juga suatu perkara yang patut dipuji. Nampaknya pengarah juga turut mendendangkan lagu, (ada bakat juga pengarah kita =)
Kemudiannya, awal-awal dulu sebelum aku datang NISE, aku lihat website yer juga begitu menarik. Yang menariknya, ajknya adalah semuanya kaum wanita. Syabas NISE!

Kalau tahun lepas, selain pertandingan nasyid, terdapat juga pertandingan video, namun pada tahun ini, dek akhir-akhir ini orang begitu fanatik dengan DSLR dan sebagainya, maka NISE telah membuat satu idea baru dengan mengadakan juga pertandingan fotografi. Hadiah tidak kurang hebat, hamper beserta piala..Tahniah! Di sini, NISE seperti sentiasa update dengan apa yang berlaku di sekitarnya. Memang menarik!



Tahun ini juga, rata-rata peserta semuanya hebat-hebat belaka.
Lagu dan juga mesej juga sangat menyentuh perasaan. Di sini juga dapat ku simpulkan ramai wanita di UK dan Ireland mempunyai bakat terpendam di samping akademik yang cemerlang. Ada yang bermain gitar, ada yang bermain keyboard, membuat lagu sendiri dan tidak kurang juga yang cuba membuat rap. Syabas!
Kreatif sungguh kaum wanita... Di harapkan NEXT juga dapat menampilkan sesuatu kelainan pula..=p ( ni nak cabar NEXT ke?). Ini sebenarnya sebagai semangat kepada ajkNEXT dan juga peserta NEXT untuk sentiasa mencari idea untuk sentiasa menaikkan imej NEXT di samping mengutip derma sambil berhibur. Berhibur tidak salah, tapi asalkan tidak melampau dan berlandaskan Al-Quran dan sunnah.=)

Lagu di atas adalah lagu yang dinyanyikan oleh team Notts (Soutunnisa')yang telah menjuarai NISE09!
Tahniah diucapkan!Tahniah juga buat team RCSI(Wardatus Safiyyah) dan Edinburgh( The Kilts)..=) Tahniah juga buat kumpulan Tukang Fiqir yang membawa aura Akbar dalam NISE untuk promotion NEXT =)(ku kini mode manusia lupa, seronok tengok sahabat-sahabat aku cuba membuat rap...bakat terpendam tuh!)

Tahniah juga buat akak-akak Sheffield beserta anak mereka yang telah memenangi best performance di NISE09! Terharu rasanya melihat semangat akak-akak ni dalam menyertai pertandingan ini. Syabas diucapkan! =)



Makanan, buku program juga best! TQ kepada Ram sebab tumpangkan akak jual rempah akak =)
Alhamdulillah ada juga yang beli..=p
source: http://piring85terbang.blogspot.com
   

Puterimu


[saya.jpg]

huh..another big event in LEEDS..tahun ni,Uni of NOtts juara..apa nak buat,Leeds xpernah masuk final list..hehheh jangan marah la ye.aku add jugak some of my private collections..semoga selalu dalam ingatan.PLUS..jual nasi lemak,bersama YAT..kira boleh buat untung jugak.
[background-400x327.png]

Source: puterimu.blogspot.com

   

NiSE 09 was very nice indeed ^_^

NiSE atau nama panjangnya Nisa' Nasyid Extravaganza tahun ni memang superb.Semua kumpulan mempamerkan persembahan bertenaga.Seperti kata juri, memang banyak peningkatan berbanding tahun lepas. Memang benar, sehinggakan aku yang pening lalat tak cukup tidur mampu membuka mata dari awal hingga ke akhir. Kebanyakan kumpulan mempersembahkan nasyid bertemakan Palestin. Ya, kita tidak harus berhenti memberi sokongan kepada saudara-saudara kita di sana dalam bentuk apa pun yang kita mampu. Dan satu lagi perkara yang ku sedari, banyak juga kumpulan yang mempersembahkan lagu-lagu berkonsep rap.Wah!berbakat sungguh sisters ni semua ^_^

Kumpulan Ummahatus Sheffieldly mendapat anugerah best performance hasil undian para penonton.Adik comel yang menyanyikan lagu "my mother" tu sungguh memikat ^_^ sangat comel...2 teams which represented Nottingham University were An-Nasihah and Soutunnisa'. Both were really great!

Tahniah kepada semua pemenang ^_^ yang kalah jangan berputus asa.It's not all about competition,rite? yang penting, mesej yang nak dibawakan sampai kepada penonton.Lebih baik lagi jika dapat menyentuh hati..tahniah dan terima kasih juga buat krew2 nise 2009 dan warga Leeds.Keep your good work!!Jazakillah buat warga rumah Insyirah kerana sudi menumpangkan kami di rumah anda ^_^ Jemputlah datang ke Notts nanti..

 

Source: tit-for-tat-tit4tat.blogspot.com

   

Page 1 of 3

Featuring

<

Nisa’ Nasheed Extravaganza

Theme: `Islamic Women Ideals: Past, Present and Future’

Date: 20th February 2010

Venue: University of Leeds, Leeds, United Kingdom

 

LUMSOC

Leeds University Malaysian Society (LUMSOC) was established in 2005 and acts as a student organisation which provides support for Malaysian students, particularly with their studies and life, towards better adaptation in this country, UK. Not only that, but we also promote a better understanding of our culture in the local community.

Contact Us

Official email: lumsocnise10@gmail.com

Salwa: 07894234525

Zai: 07595730932

Hanis: 07540181187