Projek: Suara Wanita di NISE 09

Tahniah kepada semua yang hadir. Para penganjur, para peserta, para penyokong serta tidak dilupakan para peniaga yang gigih menyediakan makanan buat mereka yang hadir. Syabas. A great event!

Pada kali ini, saya amat terpukul dengan lagu yang dibawakan oleh Tukang Fiqir. Manusia lupa!  Lagu oleh Akbar. Ya, saya memang terpukul. Terpukul di muka sendiri. Saya juga berkongsi semangat jihad yang dibawakan oleh beberapa kumpulan melalui lagu-lagu mereka. MasyaAllah!

Pada asalnya saya menyertai NISE 09 untuk berseronok-seronok sahaja bersama Cik Intan dan adik-adik sambil membawa mesej melalui dialog yang turut diselitkan semasa persembahan. Namun kesungguhan adik-adik serta sahabat-sahabat yang banyak menyumbangkan idea dan menjadi pengkritik, membantu kami untuk melakukan persembahan sebaik mungkin bagi menghiburkan sambil memberikan mesej kepada para hadirin. Biar penonton gembira dan seronok mendengar apa yang Soutunnisa` cuba bawakan.

Bersempena tema ‘Purity From Within`, kami cuba ketengahkan konsep kemanusiaan. Fitrah manusia yang sukakan kepada kedamaian dan keamanan. Fitrah yang tidak suka bertengkar mahupun berselisihan faham. Namun mengapa peperangan masih berlaku? Selain itu kami turut membawa hadirin supaya mengambil iktibar daripada peperangan yang berlaku di Palestin sebagai satu panggilan buat kita untuk menjadi Muslim yang sebenar. Wajarlah kerana Islam is Standing In The Eyes Of The World.

Soutunnisa` akan menjadi salah satu kenangan indah insyaAllah. Suara wanita hanya halal pada keadaan-keadaan tertentu sahaja. Maka manfaatkannya =). Entah bila agaknya boleh bernasyid lagi. Comel melihatkan kakak-kakak dari Sheffield yang bernasyid bersama anak-anak mereka. Mungkinkah suatu hari nanti?

Harapan Pengarah NISE 09 yang juga sahabat baik saya iaitu Norain, ” Teruskan-teruskan. Semoga kita semua menjadi muslimat yang berkualiti. Dan doa juga agar usaha kita ini diterima sebagai amalan untukNya, tidak menjadi debu-debu.”

InsyaAllah.

Beberapa review tentang NISE 09. Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut, lawat blog-blog di bawah:

EllyESE`s World

  • Nota 1: Walaupun kurang sihat, namun ini adalah kerja kumpulan, maka harus dibereskan.
  • Nota 2: Cik Intan, bersyukurlah kerana KITA ada suara. Walaupun biasa-biasa sahaja. Saya teman awak menjadi yang paling kurang suaranya. Hehe
  • Nota 3: Is not all about competition

 

Source: http://zaffankhalid.iluvislam.com

Add comment


Security code
Refresh

Featuring

<

Nisa’ Nasheed Extravaganza

Theme: `Islamic Women Ideals: Past, Present and Future’

Date: 20th February 2010

Venue: University of Leeds, Leeds, United Kingdom

 

LUMSOC

Leeds University Malaysian Society (LUMSOC) was established in 2005 and acts as a student organisation which provides support for Malaysian students, particularly with their studies and life, towards better adaptation in this country, UK. Not only that, but we also promote a better understanding of our culture in the local community.

Contact Us

Official email: lumsocnise10@gmail.com

Salwa: 07894234525

Zai: 07595730932

Hanis: 07540181187