NISE & Manchester Games!



Alhamdulillah, syukur hari semalam berakhir dengan baik...

Hati gembira turut tersentuh bila melihat adik-adik begitu semangat dalam menjayakan NISE dan juga Manchester Games.

Untuk pengetahuan semua, pada tanggal 21 Februari telah menyaksikan Women's Day out buat warga Sheffield ( ini hanya rekaan =p). Telah berlangsung NISE, Nisa' Nasheed Extravaganza di Leeds dan juga Manchester Malaysian Games , of course di Manchester =p

Jadi kami, wanita Sheffield bagaikan berpecah dua bagi meraikan kedua-dua event.
Maka di sini, aku begitu tersentuh bila semuanya memperlihatkan komitmen mereka dalam menyertai dan juga menyokong. Alhamdulillah, tahniah buat semua!

Kepada peserta Nise dari Sheffield, sekalung tahniah buat semua kerana bertungkus lumus dalam menyertai pertandingan NISE.Meskipun tidak memenangi apa-apa, namun apa yang lebih penting adalah peranan dalam masyarakat itu sendiri. Semangat untuk menyampaikan dakwah di samping berhibur dan juga semangat ukhuwah antara kalian. Moga-moga banyak dapat dipelajari dalam proses menjalani raptai dan pertandingan NISE ini.
Tahniah!


Tahniah juga buat kawan-kawan yang menyertai Manchester Games...=) Mereka terus menerus bermain dan bertanding,tapi apakan daya, kalah menang adat pertandingan ..boleh cuba lagi dalam Sheffield Games mungkin..=) Tahniah korang atas semangat yang superb masa raptai! =)
Maafkan aku, aku tidak reti bermain netball ini..=p
Hanya yang aku boleh lakukan adalah support dan terus support..=)

Di sini aku ingin ulas sedikit mengenai NISE.
Pada pendapat aku walaupun baru berusia 2 tahun, tapi gaya dan cara penganjur seperti sudah lama dalam arena hiburan ini.
Subhanallah, semuanya bolah dikatakan semakin hebat daripada tahun lepas.
Tampat makin besar dan makin cantik. Aturacara perjalanan majlis juga sangat terkawal.
Permulaan pertandingan dimulakan dengan perasmian dan juga medley lagu-lagu yang bakal dipertandingkan juga suatu perkara yang patut dipuji. Nampaknya pengarah juga turut mendendangkan lagu, (ada bakat juga pengarah kita =)
Kemudiannya, awal-awal dulu sebelum aku datang NISE, aku lihat website yer juga begitu menarik. Yang menariknya, ajknya adalah semuanya kaum wanita. Syabas NISE!

Kalau tahun lepas, selain pertandingan nasyid, terdapat juga pertandingan video, namun pada tahun ini, dek akhir-akhir ini orang begitu fanatik dengan DSLR dan sebagainya, maka NISE telah membuat satu idea baru dengan mengadakan juga pertandingan fotografi. Hadiah tidak kurang hebat, hamper beserta piala..Tahniah! Di sini, NISE seperti sentiasa update dengan apa yang berlaku di sekitarnya. Memang menarik!



Tahun ini juga, rata-rata peserta semuanya hebat-hebat belaka.
Lagu dan juga mesej juga sangat menyentuh perasaan. Di sini juga dapat ku simpulkan ramai wanita di UK dan Ireland mempunyai bakat terpendam di samping akademik yang cemerlang. Ada yang bermain gitar, ada yang bermain keyboard, membuat lagu sendiri dan tidak kurang juga yang cuba membuat rap. Syabas!
Kreatif sungguh kaum wanita... Di harapkan NEXT juga dapat menampilkan sesuatu kelainan pula..=p ( ni nak cabar NEXT ke?). Ini sebenarnya sebagai semangat kepada ajkNEXT dan juga peserta NEXT untuk sentiasa mencari idea untuk sentiasa menaikkan imej NEXT di samping mengutip derma sambil berhibur. Berhibur tidak salah, tapi asalkan tidak melampau dan berlandaskan Al-Quran dan sunnah.=)

Lagu di atas adalah lagu yang dinyanyikan oleh team Notts (Soutunnisa')yang telah menjuarai NISE09!
Tahniah diucapkan!Tahniah juga buat team RCSI(Wardatus Safiyyah) dan Edinburgh( The Kilts)..=) Tahniah juga buat kumpulan Tukang Fiqir yang membawa aura Akbar dalam NISE untuk promotion NEXT =)(ku kini mode manusia lupa, seronok tengok sahabat-sahabat aku cuba membuat rap...bakat terpendam tuh!)

Tahniah juga buat akak-akak Sheffield beserta anak mereka yang telah memenangi best performance di NISE09! Terharu rasanya melihat semangat akak-akak ni dalam menyertai pertandingan ini. Syabas diucapkan! =)



Makanan, buku program juga best! TQ kepada Ram sebab tumpangkan akak jual rempah akak =)
Alhamdulillah ada juga yang beli..=p
source: http://piring85terbang.blogspot.com

Add comment


Security code
Refresh

Featuring

<

Nisa’ Nasheed Extravaganza

Theme: `Islamic Women Ideals: Past, Present and Future’

Date: 20th February 2010

Venue: University of Leeds, Leeds, United Kingdom

 

LUMSOC

Leeds University Malaysian Society (LUMSOC) was established in 2005 and acts as a student organisation which provides support for Malaysian students, particularly with their studies and life, towards better adaptation in this country, UK. Not only that, but we also promote a better understanding of our culture in the local community.

Contact Us

Official email: lumsocnise10@gmail.com

Salwa: 07894234525

Zai: 07595730932

Hanis: 07540181187