NISE'10 Compulsory Songs with Lyric
Wanita – De Hearty

Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
Lagu : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Lirik : Syamer (ADA Exists Sdn. Bhd.)
Ratu Syahadah – In Team

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi
Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana
Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina
Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga
Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang
Ya Allah…Ya Allah…
Senilagu: Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata : Pahrol Md. Juoi (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Zinnirah – UNIC
Album : See You D IPT
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com
Hadirmu bersama kuntum senyuman
Walau dirimu hamba tawanan
Kau jadi impian firdausi
Kau jadi pingitan hiasan duniawi
Walau tak pernah melihatmu
Zinnirah
Matamu jadi taruhan
Gantian lara nilaian iman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan derita ini
Terlindung sudah indahnya maya
Mata hatimu tetap menyala
C/O :
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam dan ditemani cahaya purnama
Selaut kasih kau hamparkan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi
Oh Zinnirah
Kau umpama bintang di malam hari
Menerangi alam maya dan diteman purnama
Cinta murni yang kau dambakan untuk Ilahi
Tiada sempadan dan tiada bertepi
Oh Zinnirah
Kau serikandi sunyi bersendiri
Di medan ngeri dan bersuara sepenuh berani
Kasih suci yang kau hulurkan untuk Ilahi
Menagih korban kasih abadi
Hadirmu bersama senyuman
Walau diri hamba tawanan
Kau jadi pedoman
Zinnirah kau gadis pilihan
Hiasan dunia
Penyeri di firdausi
Sumayyah – Mawaddah

Album :
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com
Sejarah mu dikenang sepanjang zaman
Kau berkorban jiwa untuk cinta Agungmu
Kekuatan iman menjadi tauladan
Tuhanlah segala-galanya
Kecintaanmu pada Allah menguatkan diri mulia Sumayyah
Engkau sanggup mengorbankan nyawa
Untuk agama islam tercinta
Beruntunglah kami kerana memiliki serikandi sepertimu
Pada jasad lahir kau hamba manusia tapi hatimu hamba pada Tuhan
Kerana itulah jiwamu bebas merdeka
Walau jasadmu diseksa
Jiwamu bebas dari cinta dunia dan takut mati
Kaulah serikandi
Pengorbananmu bermakna
Untuk kebangkitan islam
Generasi penerusmu
Menjelajah seluruh dunia
Hingga kami beriman pada Tuhan
Hasil dakwah dari mereka
Pengorbananmu mendidik manusia
Hasil cinta Tuhan dan kasih sesama
Mengorbankan diri demi keimanan
Dan keselamatan seluruh manusia
Semoga kami dapat cintakan Tuhan lebih dari yang lainnya
Semoga kami dapat hidup mulia seperti mu
Wahai Sumayyah
Pengorbananmu bermakna
Untuk kebangkitan islam
Generasi penerusmu
Menjelajah seluruh dunia
Hingga kami beriman pada Tuhan
Hasil dakwah dari mereka
Semoga Allah membalasi jasamu
Dengan syurga yang kekal abadi
Semoga Tuhan sudi menganugerahkan
Kekuatan iman seperti imanmu
Semoga kami dapat cintakan Tuhan lebih dari yang lainnya
Semoga kami dapat hidup mulia seperti mu
Wahai Sumayyah
Halimatus Saadiah – Inteam
Album :
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Kakimu melangkah lesu menuju ke jalan pulang
Kecewa kerana gagal mendapat bayi hartawan
Namun apakah yang akan kau beri sebagai jawapan
Jika ditanya mengapa kau gagal mendapatkannya
Tiba-tiba senyum si yatim itu menyapa
Tergugah deria ibu yang bersemi di jiwa
Biar Muhammad itu tanpa upah berganda
Namun hatimu rela bukan kerana harta
Halimatus Saadiah
Engkau ibu yang bertuah
Kau wanita penerima barakah
Dari desa pedalaman
Daerah di pinggiran
Kau menyusui insan pilihan
Kau pangku dia dan berubahlah segalanya
Badan yang terasa lesu kini bertenaga
Susu yang sedikit itu bertambah dengan segera
Peliharaan ternakan membiak subur berganda
Halimatus Saadiah, kau ibu barakah
Engkau pemula muqaddimah yang indah
Episod awal sirah Nabi junjungan mulia
Kau ibu susu yang bertuah
Pada sejarahmu terukir kenyataan
Tidak kan miskin jika membela Islam
Tidak hina meriba kebenaran yang mulia
Jangan takut jika kau beriman
Demi cinta Zainab
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com
Di kiri kekufuran di kanannya iman
Di sisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan di antara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi puteri Rasulullah
Ketika suamimu masih jahiliyah
Hijrah mu tertahan engkau keseorangan
Memelihara iman ditengah kekufuran
Takdir menentukannya suami mu tertawan
Di medan Badar yang sangat menggetirkan
Lalu kau hulurkan kalungan kenangan
Sebagai penebus suami tersayang
Menitis airmata Rasul melihatnya
Melihat si Khadijah seolah berbicara
Ya....Binta Rasulallah
Tika sampailah waktu dibebaskan suaminya
Namun perintah Allah memisahkan keduanya
Bahang panasnya gurun
menusuk hingga ke sukma
Zainab mulakan hijrah
yang ditangguh demi cinta
Tika perjalanannya unta dibunuh
Kau keguguran kandungan
Zainab kau sungguh tabah
dipenuhi kesabaran
Tidak rasa keliru antara dua persimpangan
Antara dua kasih suami dan juga ayah
Juga antara cinta dan taat kepada Tuhan
Berjaya kau menempuhi segala rintangan
Demi cinta
Aisya humaira – UNIC

Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisya Humaira
Namun bukan inginku bicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya darah perjuangan
Peniup semangat suami
Khabar al-ifqi satu titik pemula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah-munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu ummahatul mukminin
Yang setanding al-muqatsirin
Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turun wahyu itu
Bagi membuktikan kepalsuan
Tuduhan seorang pendusta
Tetapi lihatlah hikmahnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah mempersia-sia
Ketabahan seorang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh mehna ujian
Takkan terhidu harum mewangi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora
Engkau isteri sejati yang memangku nabi
Saat hujung nyawakan pergi
Sungguh beruntungnya dikau punyai suami
Yang amat mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu
Siti Khadijah –Mawaddah

Album :
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com
Engkaulah serikandi yang sangat setia
Membantu Rasulullah dalam suka dan duka
Isteri solehah yang penyayang dan penuh kesabaran
Wahai Siti Khadijah sungguh besar jasamu
Berkorban apa saja kerana Tuhanmu
Memperjuangkan islam walau penuh dugaan
Engkaulah wanita pertama beriman
Pendorong pejuangan Rasulullah
Dari mula lahir zuriat nabi
Penerus perjuangan hinggalah kini
Digelar Ummul Mukminin
Ibu orang beriman
Penyumbang harta fikiran
Untuk perjuangan Rasulullah
Kau idola kami Kau wanita utama pejuang contoh sepanjang zaman
Kau dicintai Rasul Kau di sayangi umat kerana dirimu pencinta Tuhan
Wahai Siti Khadijah kaulah teladan
Wahai Siti Khadijah kaulah ikutan
Engkaulah wanita pertama beriman
Pendorong pejuangan Rasulullah
Dari mula lahir zuriat nabi
Penerus perjuangan hinggalah kini
Digelar Ummul Mukminin
Ibu orang beriman
Penyumbang harta fikiran
Untuk perjuangan Rasulullah
Kau idola kami Kau wanita utama pejuang contoh sepanjang zaman
Kau dicintai Rasul Kau di sayangi umat kerana dirimu pencinta Tuhan
Wahai Siti Khadijah kaulah teladan
Wahai Siti Khadijah kaulah ikutan
Di Persimpangan Aku Berdiri

Album : Menjadi Diriku Repackage
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com
Cukuplah...
kusimpan semua ceritaku
yang dulu
Tentangku...
tentang apapun yang membuatku
tiada berarti
Di Persimpangan aku...
berdiri
membisu
harus kuputuskan
kemanakah ku melangkah...
Reff : Jangan lagi
usikku meski aku tak tau
kemana lagi aku berlari
kejar harapan
yang sempat mengelam
biarkanlah
kuhidup dengan nafas yang baru
nafas yang menyimpan kedamaian
di persimpangan
aku berdiri
Cukup Januari kemarin kutinggalkan
kelamku...
tentangku
dan masa lalu yang membuatku
tiada berarti
ho...ho...ho...
Seorang Gadis
Album : Berjalan Melihat Mentafsir
Munsyid : NowSeeHeart
http://liriknasyid.com
Ada seorang gadis termenung di jendela
Memikirkan nasibnya yang telah ternoda
Terpinggir terhina
Kerna dosa-dosa silamnya
Ibunya telah tiada begitu juga ayahnya
Mengharungi dunia tanpa pedoman di jiwa
Keliru hatinya
Antara syurga dan neraka
Pada siapa harus dipinta
Secebis rasa seulit mesra
Di akhir noktah usia dirinya
Yang akan berhenti jua
Deraian air mata menangisi dosanya
Rebah dia mengharap keampunan Tuhannya
Serta ketenangan mengharungi dunia yang fana
Umurnya masih muda remaja
Tetapi terleka kerana
Nafsu yang mengaburinya
Namun Tuhannya masih cintakan dirinya
Walaupun dosanya selautan dunia
Mengapa perlu berasa
Berjauhan dari Yang Esa
Sedangkan Allah sentiasa
Merahmati hamba-Nya
Yang sering terlupa
Leka dan alpa terhadap-Nya
Harapannya subur kembali
Bukti kasih Ilahi
Syukur dia ditemukan
Jalan kebahagiaan
Mengukir ceria
Membenam segala
Kecewa.....
Kali Kedua

Album : Rahsia
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com
Di sini kau masih bersendiri
Menanti sinaran sang mentari
Walau kau sedari
Kegelapan menghantui
Di sini Engkau masih meratapi
Semangat yang rebah bersemadi
Tanpa kau sedari
Ia akan bisa berdiri
Tabah, cekat, bangkit tuk kali kedua
Tiada gentar dan kecewa
Usah kau biarkan segala
Kelemahan menghampiri
Hindarai semua kesamaran
Semalam
Kenapa bila kau percaya
Jiwamu lebih sedia
Tiba masanya akankah sedar
Kau berupaya
Walau berjuta rintangannya
Andai kau percaya kau kan percaya
Oh.....
Usah kau biarkan segala
Kelemahan menghampiri
Hindarai semua kesamaran
Semalam
Kenapa bila kau percaya
Jiwamu lebih sedia
Tiba masanya akankah sedar
Kau berupaya
Di sini kau tega merasakan
Tiada keraguan
Di situlah mulanya...
Kau temui keyakinan
Wo.. uwo.... uh.. hu.. wo..
Menjadi Diriku- Edcoustic

Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com
Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya
Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya
*)
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......
Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna
Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki
Sesuci Mariam

Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : NICE
http://liriknasyid.com
Hati mana yang tidak gembira
Bakal memiliki cahayamata
Penyambung zuriat keturunan
Hadir membawa bahagia
Namun dalam kegembiraan itu
Terselit duka yang meruntun kalbu
Insan yang bakal dilahir ke dunia
Tak tahu asal usulnya
Ribut pasir di gurun membara
Tak sehebat kalut di dalam jiwa
Apa jawabmu bila ditanya….
Janin yang membesar di rahimmu…siapa bapanya
Sedang dirimu yang masih suci tiada ternoda
Saidatina Mariam perawan mulia
Tabah kau hadapi dugaan melanda
Saidatina Mariam wanita solehah
Kebenaran terbukti pada yang tak bersalah
Akhlak yang terpuji dan berperibadi yang tinggi
Menjadi pakaian dan perhiasan diri
Sehingga Allah memilih rahimmu yang suci murni
Untuk menghamilkan Isa…seorang nabi
Kau solehah...
Artis : NICE
Lagu : Putra Aiman (Hijjaz Records)
Lirik : Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)
Penerbit : Nazz Music Entertainment (M) Sdn Bhd
Perhitung

Album : Brothers Reunited
Munsyid : Brothers solo by Akbar feat TooPhat and Marcus
http://liriknasyid.com
Peperangan yang dilalui dunia
Bagaikan tiada penghujungnya
Bila propaganda menguasai segala-galanya
Nan halusi setiap minda
Apa harus menjadi satu hala tuju baru di jalan penuh berliku
Apa kita akan bertemu dalam impian yang satu
Hari ini saya di sini lagi masih tenang dalam berillusi
Masih bertarung dengan diri
Ku melawan nafsu nafsi
Mana perlu kumelangkah?
Mana betul dan yang mana salah?
Harus hanya rasa indah sedang itu kan memusnah?
Tunggu apa ditunggu. saya pun tidak tahu
Kini semakin lesu, Beriku petunjuk Mu
Sedar dari lamunan, Mula ternampak jalan
Kiniku dalam barisan, Kuteruskan perjuangan
Semua gerak dihitung, Tiada yang tergantung
Sedar atau tak langsung, Tiada yang melencong
Apa ini kucari, Harus merenung lagi
Cuba berkali-kali, Silap berulang lagi
A year older
Hard experience make a man bolder
A one man soldier lost and trying to stay sober
Erasing highlights of joy inside my life's folder
Trying to find peace through harder days and when the nights are colder
Alotta people never listen
Ask to keep your head up
I've held it long enough I'm getting fed-up
Flashing on the past when I led a simpler life
I'm happy with the progress
Its change that I don't like I was tearing
Sitting contemplating my carreer when
I should be on stage with a few thousand kids cheering
Turned into the heavens
And was shown the forgotten myth that
faith and love can turn a curse into gift
If you think that you've hit rock bottom think about your loved one
Your father was soldier at least you be a tough son
A tough one and when times go rough
you be the rough one
Money, power, respect will come
saya amati satu persatu
Apa yang terjadi, apa yang berlaku
Kali ini matlamatku jitu
Sinari Impian harapanku
Telah kian lama saya mencari-cari
Di satu hari cahaya kan menyinari
Moga saya tak sendiri lagi
Dalam perjalanan untuk mencari erti
Currently the state of world.. depressing
Everywhere warring and oppression
Currency is king becoming everybody's obsession
Capitalist with animal instinct behavior
Wolves in sheep skin claiming to save you
Far from saviors only contributing to death
The magnitude of their actions
only contribute to their wealth
Word to Condoleezza Rice
These kids kind of need rice
How father and son can bomb the same city twice
I'm mad..
Watch the news at home on CNN
I'm sad..World powers do as they please where and when
It's bad..Countries Join a legion armed with nuclear bombs
The only one without a bomb most probably Saddam
Cause for alarm conspiracy theories taking lives
Ask the Almighty please guide me with the light
Cause for alarm militaries killing children in the night
Ask the Almighty please protect them with your might
- Nana Asma’u, Maryam bint Sh. Uthman dan Fodio - poems and compendiums on ...
- Walladah bint Mustakfi - daughter of the caliph of Cordoba in Islamic Spain...
- Hafsa bint Sirin - sister of M. Sirin. Memorized Quran at 12, read 1/2 Qura...
- Fatima bint Qays - discussed a juristic point with 'Umar and 'A'isha. Imam ...
- Sayyida Nafisa - Granddaughter of Hasan. A large number of pupils came to h...







Comments
nanti kan nk suh akak buat performance.
boleh kan?
http://rapidshare.com/files/341572448/Lagu_Wajib_NISE_10_-_Demi_Cinta_Zainab.mp3
http://rapidshare.com/files/341577035/Lagu_Wajib_NISE_10_-_Aisya_Humaira.mp3
http://rapidshare.com/files/341578664/Lagu_Wajib_NISE_10_-_Di_Persimpangan_Aku_Berdiri.mp3
http://rapidshare.com/files/341582386/Lagu_Wajib_NISE_10_-_Perhitung.mp3
http://rapidshare.com/files/341583726/Lagu_Wajib_NISE_10_-_Kali_kedua.mp3
http://rapidshare.com/files/341584325/Lagu_Wajib_NISE_10_-_Siti_Khadijah.MP3
http://rapidshare.com/files/341584559/Lagu_Wajib_NISE_10_-_Sesuci_Mariam.mp3
http://rapidshare.com/files/341585734/Lagu_Wajib_NISE_10_-_Zinnirah.mp3
http://rapidshare.com/files/341587794/Lagu_Wajib_NISE_10_-_Halimatus_Saadiah.wma
http://rapidshare.com/files/341588117/Lagu_Wajib_NISE_10_-_Ratu_Syahadah.mp3
http://rapidshare.com/files/341588124/Lagu_Wajib_NISE_10_-_Seorang_Gadis.MP3
http://rapidshare.com/files/341590627/Lagu_Wajib_NISE_10_-_Sumaiyah.MP3
http://rapidshare.com/files/341590744/Lagu_Wajib_NISE_10_-_Wanita.mp3
RSS feed for comments to this post.